Thursday, September 30, 2010

2nd day...

16.32 km - 1800hrs to 1855hrs -max speed 33.6km/h - alhamdulillah.
To ; ayeng,jln baru pun sama jauh jugak.. ;)

Surat Cinta Suami yang Lara (yang hidup pasti mati)

Wahai isteri,

Kumulakan tulisan ini dengan rintihan kepada Allah. Mudah-mudahan rintihan ini menjadi rintihan mu juga.

Ya Allah… aku yakin apa yang Kau takdirkan ini adalah yang terbaik buat dunia dan akhirat kami. Mudah-mudahan keluh-kesah, resah-gelisah kami menerima ketentuan-Mu ini, Kau ampuni dan dikira sebagai bukti lemahnya kami sebagai hamba-Mu yang berdosa. Semoga kesedihan dan kebimbangan kami dalam waktu-waktu tertentu dalam menempuh ujian ini dinilai sebagai langkah menuju-Mu di jalan mujahadah.Kami lemah ya Allah… namun Kami tetap yakin Kau menguji kami ini dengan maksud baik. Kau tidak akan menimpakan kesusahan di luar kemampuan kami menanggungnya. Kami berdoa ya Allah… ujian ini menjadi tebusan pada dosa-dosa kami yang lalu, kini dan akan datang. Sesungguhnya kami ini hamba ya Allah… ujian inilah yang menusuk ke hati lalu mengetuk pintu rasa yang selama ini sudah semakin alpa bahawa kami ini hakikatnya hanyalah seorang hamba yang hina.

Syukur ya Allah … kerana Kau anugerahkan rasa yang termahal ini di celah-celah kepahitan dan penderitaan. Jika tidak kerana ini, kami akan terus lalai, terbuai-buai dan akhirnya mati tanpa merasai hakikat cinta-Mu yang sebenar. Cebisan cinta suci dan sejati ini mudah-mudahan akan hidup subur dan mampu menghidupkan hati kami yang semakin mati.

Isteriku,

Suratmu telah kubaca. Terima kasih sayang. Membacanya seperti membaca hatiku. Aku tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menulis, siapa lagi yang sebenarnya membaca… kerana suratmu adalah suara hatiku… suara hati kita bersama! Aku cuba tenang di sini kerana aku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana.Perpisahan sebenar bukanlah kerana jarak tetapi oleh retaknya hati. Perpisahan ini sesungguhnya mendekatkan hati dan menyuburkan cinta kita. Kita akan semakin rapat oleh perpisahan ini… insya Allah. Yakinlah kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan lebih manis. Perpisahan ini adalah harga kepada saat yang pasti tiba itu, insya Allah.

Aku pergi menuju Allah… memperbaharui langkahku, menguatkan jiwakku untuk memburu kecintaan-Nya… dan dengan itu aku akan mencintaimu dan anak-anak dengan cinta yang lebih suci. Kau ikutlah disisiku sayang… di jalan baru yang belum tentu berapa pula likunya. “Maniskanlah malam-malammu dengan solat dan munajat. Dan sibukkanlah siangmu dengan penuh tanggung jawab dan bersemangat.

Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya dengan bersungguh-sungguh. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan berbagai alasan dan kemalasan. Aku gembira dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya sakit dan ubatnya pahit.”Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu:

“Ya Allah… Ampunilah dosa-dosa isteriku sepertimana aku telah redha dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin dan berharap terhadap-Mu.“Ya Rahim… Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anakmu. Agar ditangannyalah nanti zuriat-zuriatku menjadi soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanyadengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”

“Ya Rahman… Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki padanya dengan direzekikan taqwa yang sejati.”

“Ya Rabbi… Lembutkan hati isteriku agar mudah dia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu.

Sayang, Hikmah ujian yang menimpa kita terlalu banyak. Ia ubat dan baja rumah tangga yang telah kita bina sekian lama. Cinta kita sesungguhnya tidak pernah berubah… tetapi ia perlu kemanisan dan hiasan baru supaya serinya bertambah.Cinta kita kuat getarannya, namun kurang matang. Kita terlalu menurutkan perasaan. Baik aku mahupun kau kekadang tersasar kerana “terlalu” cinta. “Terlalu” menjerumuskan kita ke jurang “melulu”. Bila melulu kita akan lepas dari kendali cinta sejati – Allah!

Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun ada juga yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta telah terputus dari cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta dengan cinta-cinta yang lain. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada yang begini… pertemuan pun masih perpisahan. Tapi bila cinta itu diikat oleh cinta Allah, maka perpisahan pun bererti pertemuan.

Allah telah selamatkan kita dari perpisahan kerana terlalu cinta. Dan perpisahan itu tak akan boleh kita cari-cari atau rancang-rancang kecuali dengan satu peristiwa yang kita tidak sangka. Itulah rahmatnya perpisahan yang tidak diminta dan dijangka ini pada cinta dan perkahwinan kita. Ia menguatkan kembali ikatan perkahwinan kita.

Yang lebih penting lagi ujian ini sebagai satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita supaya bergantung dengan Allah semata-mata. Jangan kita bergantung dengan selain Allah. Makhluk yang terikat dengan kita atas nama – suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan musnah jua. Musnah sementara dan akan musnah abadi. Tegasnya, perpisahan ini adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan suami, isteri, ibu, bapa, anak-anak dan sanak-saudara. Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila.

Ketika itu jika hati kita tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat untuk meneruskan hidup dan paling khuatir terhakis atau tercabutnya iman.

Sayang… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan di celah istilah janda, duda dan yatim, sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak pasti akan diputuskan oleh mati. Justeru itu… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti.

Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Ketika itu bukan sahaja hati benci merasanya tetapi fikiranpun dikunci daripada memikirkannya…. Ya Allah, benci betul rupanya kita kepada realiti. Angkuh betul kita dengan pinjaman Allah. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita.

Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya. Didikan ini sangat mahal harganya… Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek: “Sesungguhnya kita milik Allah, kepada Allah kita akan dikembalikan.”

Terimalah pertemuan yang hakiki itu nanti dengan menempah tiketnya sekarang… tiket itu adalah perpisahan ini. Setiap peristiwa besar mesti ada ‘mukadimah’nya. Tanpa ‘mukadimah’ lintang pukanglah jadinya jiwa kita nanti.

Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini tetapi jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik. Berdoalah dengan rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi imbangilah kebimbangan itu dengan rasa yakin akan diperkenankan. Yang penting… Allah tambah kesabaran, keimanan dan rasa tawakal kita kepada Allah.

Di daerah ini kendali diri mesti kuat. Bila lalai sahaja dari mengingati Allah, deraan perasaan akan segera datang. Maka ketika itu terkial-kiallah kembali hati ini mencari kekuatannya… iman. Prasangka, bimbang yang bukan-bukan mesti dilontar jauh-jauh. Tawakal mesti dibina. Berserah dan pasrah sudah wajib, mainan “kalau”, “jika”, “nanti” mesti dihentikan. Alhamdulillah… Allah setakat ini telah mentakdirkan banyak perkara positif sedangkan sebelumnya aku diserang oleh prasangka yang negatif.

Yang dirindu, Aku berdoa dan berharap kau begitu jua. Jangan dilayan rasa dan sangka yang bukan-bukan. Banyak tugasmu yang sedia ada dan bertambah lagi akibat perpisahan ini. Jaga kesihatan hati dan badanmu. Masa keemasan ini ini gunakanlah untuk memperkemaskan diri. Samada hubungan kita dengan Allah dan dengan manusia.

Orang yang “duji” mudah melakukan perubahan. Tidak boleh sekali-kali digugat kekesalan dan penyesalan masa lampau. Nanti akan timbullah “kalau tak begini dulu… tak lah begini, kalau, kalau, kalau…. Ini akan menyebabkan kita putus asa dan lemah menghadapi hidup. Apa yang penting, katakan, ini realiti, ini takdir, yang sudah ditentukan sejak azali.

Sama seperti pertemuan kita, perkahwinan kita, kelahiran anak-anak kita, percintaan kita, kasih sayang kita… dan lain-lain. Cuma bezanya, yang baik-baik dan manis-manis… mudah kita terima. Yang buruk-buruk dan pahit-pahit… susah kita terima. Sedangkan ilmu di sisi Allah kita tidak tahu, mana hakikatnya yang manis, mana yang pahit, mana yang buruk, mana yang baik? Bukankah di sisi Allah ada yang lebih tersirat?

Bertemu tak jemu. Berpisah tak gelisah. Jangan bersedih… berani dan tabahlah demi cinta Allah!


p/s: thanks Pn. Fara Dela...

Wednesday, September 29, 2010

Sunday, September 19, 2010

minta maaf...!

minta maaf...
jiwa aku + hati aku + otak aku + jasad aku sangat ber-kecamuk!
te-rasa aku amat bodoh jika mem-biar-kan merah pergi begitu sahaja!
aku ber-ubah kerana aku cinta...tunggu, panjang umur jumpa lagi!
insya-Allah.

Assalamualaikum w.b.t.

Wednesday, September 15, 2010

Aidilfitri 2010

alhamdulillah.
syukur..hari nie baru aku dapat tekan-tekan huruf-huruf ajaib kat laptop aku nie, dapat jugak aku up dated blog free aku nie.

Khamis ; 09hb Sept 2010...malam raya!
perghhh...
aku nak cerita skit, memang syahdu beraya sorang-sorang nie tambah plak jauh dari family!
kena plak bila jiwa tgh kacau..adehhh!
apa pun aku maleh nak cerita yang nie...!
Zakri + Zaini siap mai rumah buat spot check takot aku buat benda ajaib!adehhhh...

Jumaat ; 10hb Sept 2010.
Aku solat raya kat Masjib Bukit Kuang, Kemaman.
Hujan renyai-renyai...hujan rahmat.
Selesai Solat Raya, Megat datang rumah pick up aku ajak p serbu rumah Zakri, lepas tue dia usung aku p rumah awek dia...
x balik raya jugak budak nie, tahun lepas pun be-raya dengan aku!


abang Megat yang handsome...?baju raya awek beli-kan tue...hahaha.


rumah nie jadi mangsa per-tama aku dgn Megat...


Zakri+Zaini=Tasya...Diaorang yang paksa aku be-raya..?


si-comel ber-mata bulat ini buat aku sering ter-ingat pada se-seorang... ;)

Sabtu ; 11hb Sept 2010.
Aku & Kuala Terengganu.

Ahad ; 12hb+13hb+14hb Sept 2010.
aku & keluarga selamat sampai di Manjung dari Kemaman.
Belum hayat aku drive balik kampung sampai 9 jam...apa pun alhamdulillah, semua selamat.


Fasa 3A...!

rasa macam agak lama aku x balik Manjung...
rindu ke apa ke aku pun xtau, yang pasti jiwa aku sedang kacau!

sampai rumah aku bantai tido sampai ke maghrib.
malam lepak umah, xda mod nak keluar.

esoknya ; bonda, ayah + achik dh start puasa 6..
bonda kata kalau aku puasa aku boleh tido...hahaha...aku dan teman bonda puasa dua ari jer...bila plak nak on lagi 4 ari nie?


antara kanak-kanak riang yang boleh meng-hidu bau ketiak aku kalau aku balik Manjung!

depa ajak p lepak Lumut, nak perabih kodak DSLR aku...?
adehhhhhhhhhh!
apa pun korang memang canggih, sampai aku sahur makan McD lepak dgn korang.

along sampai subuh tadi dengan tunang dia.
aku x pernah jumpa tunang akak aku nie, ternyata buat masa nie tubuh aku lebih besor dari tunang dia, tengok dlm gambor mcm sama besor...ermmm.
elok aku selesai subuh...minum pagi, tunang dia gerak balik.
sempat jugak ber-gambor sebelum aku sibuk ber-kemas nak gerak balik Kemaman plak...hehehe.


bonda kata, kalau nak tau mcm mna muka tok ayah, tengok-lah muka ayah...sejibik!
aku x pernah ingat mcm mana rupa tok ayah, sebab tok ayah meninggal waktu aku kecik!

Rabu ; 15hb Sept 2010.
aku depart dari Manjung 1430hrs ETA Kemaman 2000hrs.
Banyak kali jugak aku ber-henti...isi minyak kat Teluk Intan + R&R Temerloh etc.
terngiang-ngiang dlm telinga aku, bonda kata solat jgn tinggal...
ermmmm...
aku meng-aku sebelum nie solat aku se-medang x cukup tapi alhamdulillah, Ramadhan kali nie ada nikmat!
Ya Allah, ENGKAU tetap-kan lah iman hamba-MU yang lemah ini.

sampai kat Kemaman, brader Norezwan ada kat Hostel Company...tunggu kapal.
baju raya aku pun ada skali dia bawa...sangat seronok!
dekat 2 bulan, baru sampai kat tangan aku...apa pun memang ter-baek!







Baju raya aku tahun 2010...from UK yob, bukan nak ber-lagak tapi bila aku search seller local jual lagi mahal dari aku beli direct dlm website rugby oversea.


p/s: kasih ku pinjam wajah mu - maman.




Saturday, September 11, 2010

Janji ter-tunai...

Alhamdulillah...
Satu janji ter-tunai sudah...
Biar-kan sahaja hajat itu ter-gantung...
Amat perit tapi perlu ada redho...
Aku x pernah minta jadi begini dan tidak ada se-siapa pun yang duduk dalam keadaan aku mahu keadaan begini...
Aku harus terima...
Perlu terima...
DIA MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.
Biar aku dengan siapa aku!


...menanti!

Kasih Ku Pinjam Wajah Mu


Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri buat semua...

Salam Aidilfitri buat semua...
Pagi raya ni ter-lajak tido jugak, semalam duk kemas rumah, cuci dapur, iron baju raya 4 tahun lepas yang masih muat aku pakai...hahaha.
Alhamdulillah, dapat jugak aku ber-solat Aidilfitri pagi nie.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR WA LILLAH-ILHAM.

Selesai solat, aku terus ke base, ambil laptop aku...tertinggal kat opis.
Harap-harap xda kapal yang nak belayar hari nie walaupun dengar ura-ura Exxonmobil nak sail out Setia Teguh hari nie...
Sr. Mechanic Ngelambai awal-awal dah sampai base.
Dia kata kalau ada kapal bagitau sama dia...roger bos.

Aku nak meng-aku kat sini, memang syahdu raya sorang-sorang!
maleh nak cerita lagi, nasib baik ada kuih raya + tart nenas ter-baek yang Merah bagi kat aku...
tue lah buat pe-neman aku malam raya + pagi raya sbb tart nenas itu sgt sikit!hahaha...mujur-lah ada jugak orang ingat kat aku...






tart nenas ter-baek







terima kasih.

warisan wanita ter-akhir.

Sunday, September 05, 2010

buku...

Buku nie aku beli hari ini...
se-orang kakak datang ke office dengan buku yang banyak-banyak.
ada 2 buku menarik minat aku:
> mengenali Rasulullah s.a.w.
> peranan wanita pada zaman Rasulullah s.a.w.



baru 1 buku aku dapat, tinggal 1 lagi yang perlu aku tunggu.
kakak tu kata mungkin hari rabu nie dia hantar...on the way balik raya kat Batu 6, Manir katanya.

p/s: ada 3 buah lagi yang aku beli, belum aku usik kat rumah..erkkkkk!

Pulanglah

ada-kah aku ini peminat Kak Aishah...?


( ...Sayang Di hari yang mulia ini, Ku pohon keampunan, Hanya satu yang ku pinta, Pulanglah... )

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

( korus )
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

( ulang dari korus )

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya

Wednesday, September 01, 2010

pahala seorang wanita...



untuk kita ber-kongsi bersama...






Bismillah-ir Rahman-ir Rahim
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau
bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap
sampaikanlah artikel ini kpd para wanita…….

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
“bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk
menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup
dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat
hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika
ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa
pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,
bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang
memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,
dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,
kaki, badan,etc… .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang
menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya – ALLAH.

“Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat – empat
jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik – baik
dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan
menzalimi suaminya”.
Ath-Thabrani.

“Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya
bertakwa kepada ALLAH akan sebaik – baik keperluan
baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan
jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya”.
Ibnu-majah.

“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa
yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada
kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,
seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik”
Ibnu – Majah.

cuti raya...?

se-rabut otak mikir cuti raya.
sat 14hb, sat 8hb..sat balik kelantan sat x balik...?
last skali 12hb aku start cuti, balik manjung.
bonda kata along pun cuti time tue, oklah tue.
16hb Hari Malaysia..cuti lagi?



p/s: nak raya kat kuala ibai boleh x?

22 Ramadhan 1431H

Ramadhan semakin ke penghujung...
aku masih terkial-kial dengan gerak hati aku.
banyak yang masih belum aku gerak-kan!

Staff movement yang di-gantung dlm office base semakin penuh dgn angka-angka menunjuk-kan hari-hari base akan sunyi.
aku akan ber-hari raya dengan kapal-kapal di Supply Base nie.
tahun lepas pun begitu.

penat jerih tue aku rasa hari ini untuk esok.



aku x peduli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...