Sunday, May 29, 2016

Kerja Dunia...

Lepas seorang, seorang antara kami diberhentikan kerja...
Keadaan ekonomi sgt memenatkan.
Andai sampai masa aku nanti, aku mohon diberikan ketenangan dalam membuat keputusan seterusnya...

Hidup begini sangat menghimpit...memaksa...padat!
Terkadang aku terfikir, kerja ini sampai sudah tidak selesai...

Kaseh anak pada emak & ayah...bagaimana?
Ketika kecil, mak & ayah bersungguh membesarkan aku...
Sekarang mereka telah berusia...anak yang mereka besarkan jauh dari pandangan mereka.
Hubung khabar hanya melalui telefon dan itu pun bukan setiap hari..Allahuakhbar.
Aku sorang anak lelaki dalam keluarga ini. Tanggungjawab yang perlu aku pikul itu besar,
Aku mahu dekat dengan mereka...DIA sebaik-baik perancang. Subhnallah.

Kaseh aku pada anak-anak aku...
Bangun awal, dukung masuk kereta, sambung tidur sementara mahu sampai rumah asuhan...
Bila petang, jam 6 baru aku ambil mereka, sampai dirumah mereka mohon perhatian.
Adakala dan kebiasaanya letih tubuh badan menyebabkan aku lupa tanggungjawab aku pada mereka.
Salah itu biasa buat anak kecil yang maseh belum kenal dosa pahala...namun aku herdik seolah-olah akal mereka sudah sama usia dengan aku! Cissss...apa yang sebenarnya aku cuba lakukan dalam mendidik anak-anak ini. Aku tahu aku sayang mereka. Aku silap dlm mengawal emosi aku...
Itu salah aku...kurang masa untuk anak-anak lantas aku tersedar yang mereka semakin mendewasa dengan sendirinya.Astaghfirullahalazim...Allahuakhbar.

Biar dahulu waktu ini.

Aku sayang mak ayah..

Aku sayang anak isteri aku...

Maafkan aku.

Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu.
29-May-16
1218hrs.

Monday, December 21, 2015

Kerja Kayu - Projek Pallet - Pelamin Pallet

Assalamualikum Yob Yong semua...

Nahhhhh, lama aku tak update pasal kerja kayu aku dalam blog nie...

Bulan December 2015, setiap hujung minggu aku balik Kuala Ibai, Terengganu untuk siapkan Pelamin Pallet adek ipar aku (Majlis Sambut Menantu) dia.

Dia lah Raja Sehari yang merasmikan pelamin pallet hasil kerja kayu aku.
Alhamdulillah, walaupun tak se-hebat otai-otai kerja kayu yang lain, aku cuba setakat yang termampu.


Keadaan selepas siap dikerjakan....

 Keadaan selepas dipunggah masuk ke tempat yang ditetapkan...



Keadaan selepas siap digubah...


Okay, bagi yang ingin menyewa set ini, boleh hubungi aku +6019-9366734.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahuakhbar.






Monday, November 23, 2015

IAFM = Inlet Manifold - Proton Persona

Assalamualaikum Yob Yong,

Nie nak cerita, aku pakai kereta buatan tempatan..Persona namanya.
Aku pakai sejak awal 2009 sampai sekarang...
Selama aku guna Persona nie, udah 3 kali aku tukor IAFM atau nama part nya Inlet Manifold...

Kali ke-3 yg terbaru nie aku tukor sebab udah tak tahan benor dengan punya yg macam kilang papan bila bawa jalan atas jalan raya..bila berhenti nunngu lampu kat traffic light tue, sementara nak nunggu ke hijo, abih semua mata nengok...ater bunyi nya udah ler kuat ngalohkan org pakai kereta engine turbo...teman pakai kereta standard ajer.

Kat bawah nie harga aku p tukor kat Proton Service Center Kemaman, Terengganu.
1. Inlet Manifold - MYR525.81
2. Labour Charge - MYR71.40
3. GST - MYR35.83
Total - MYR633.05
Kebanyakkan workshop aku p survey harga kat bandar Kemaman nie letak harga antara MYR690.00-MYR750.00.

Naseb baek aku tergerak nak p tanya kat Proton Service Center.
Dua kali tukor sebelum nie, kereta aku nie duk under warranty lagi...5 tahun duk bawah warranty Proton...sekarang tidak lagi..tanggung sendiri. Hahahaha...

Nah gambor rupa benda ajaib tue...

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahuakhbar

Wednesday, August 26, 2015

Diecast - WTS

Assalamualaikum...

Lamanya tak usik blog nie...
Nah, nie untuk peminat diecast...
Aku dah tak main benda-benda nie...
Nak letgo atau aku bagi jer anak aku main...
Harga boleh bincang... ;)



No. 1



No. 2


No. 3


No. 4


No. 5


No. 6

Kalau berminat, boleh cari aku di FB...

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahuakhbar




Monday, December 15, 2014

Kerja Kayu - Projek Pallet - Rak Botol Kicap+Sos+Budu Mak Mertua & Bekas Taruk Surat...

Assalamualaikum Yob/Yong,
Salam Sejahtera...

Nie kerja aku tome balik Kuala Ibai minggu nie...
Abis semua barang tukang aku bawa balik, ingtkan sampai ler kayu yg aku order...rupanya x sampai...
Mujur ada kayu aku usung dari Kemaman...

Jadi lerrr....siap request 1 lagi! Hahahaa....

Bekas taruk surat...1 utk rumah Mertua, 1 lagi utk budak opis...

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahuakhbar


Kerja Kayu - Projek Pallet - Rumah Hinggap Burung

Assalamualaikum Yob/Yong....
Salam Sejahtera..

Nahhhh...nie rumah burung request by brother in law...hahaha.
Bukan pandai sangat tapi buat jer lah, asal jadi rupa contoh yang deme tue nak...
Siap udah lama...mencari tiang sebatang yang lama tue...

Safely deliver to my bro...

Assistant tukang...!

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahuakhbar

Thursday, November 20, 2014

Kerja Kayu - Projek Pallet - Rak Sabun (Sabun di Bilik Mandi!)

Assalamualaikum Yob/Yong....
Salam Sejahtera..

Nie korje teman yang x sempat nak update pada hari kejadian...
Add hock punya kerja...
Malam tue Qayyum angkut pek Daia masuk bilik...
Qayyum p buka tudung pek Daia tue, dia p tuang ateh katil...
Umang aihhhh...abis satu rumah bau, bukan satu bilik jer...hahaha.
Esoknya lepas abis kerja, sampai rumah teruih aku potong kayu+kasi licin+tembak screw...

Jadilah rupa ini..janji tingi dari Qayyum...hehehe.
Sila abaikan sticker "Janji Ditepati" kat washing machine aku tue..bukan deme bagi pun, saje aku gatai p lekat kat situ...nak meng-nganjing!

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahuakhbar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...