Sunday, May 29, 2016

Kerja Dunia...

Lepas seorang, seorang antara kami diberhentikan kerja...
Keadaan ekonomi sgt memenatkan.
Andai sampai masa aku nanti, aku mohon diberikan ketenangan dalam membuat keputusan seterusnya...

Hidup begini sangat menghimpit...memaksa...padat!
Terkadang aku terfikir, kerja ini sampai sudah tidak selesai...

Kaseh anak pada emak & ayah...bagaimana?
Ketika kecil, mak & ayah bersungguh membesarkan aku...
Sekarang mereka telah berusia...anak yang mereka besarkan jauh dari pandangan mereka.
Hubung khabar hanya melalui telefon dan itu pun bukan setiap hari..Allahuakhbar.
Aku sorang anak lelaki dalam keluarga ini. Tanggungjawab yang perlu aku pikul itu besar,
Aku mahu dekat dengan mereka...DIA sebaik-baik perancang. Subhnallah.

Kaseh aku pada anak-anak aku...
Bangun awal, dukung masuk kereta, sambung tidur sementara mahu sampai rumah asuhan...
Bila petang, jam 6 baru aku ambil mereka, sampai dirumah mereka mohon perhatian.
Adakala dan kebiasaanya letih tubuh badan menyebabkan aku lupa tanggungjawab aku pada mereka.
Salah itu biasa buat anak kecil yang maseh belum kenal dosa pahala...namun aku herdik seolah-olah akal mereka sudah sama usia dengan aku! Cissss...apa yang sebenarnya aku cuba lakukan dalam mendidik anak-anak ini. Aku tahu aku sayang mereka. Aku silap dlm mengawal emosi aku...
Itu salah aku...kurang masa untuk anak-anak lantas aku tersedar yang mereka semakin mendewasa dengan sendirinya.Astaghfirullahalazim...Allahuakhbar.

Biar dahulu waktu ini.

Aku sayang mak ayah..

Aku sayang anak isteri aku...

Maafkan aku.

Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu.
29-May-16
1218hrs.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...